Isnin, 10 Oktober 2011

nota Perkhemahan Caranya

Penerangan

PERKHEMAHAN

Perkhemahan adalah aktiviti rekreasi luar yang mendapat sambutan daripada golongan dewaasa mahupun muda. Kebanyakkan nya membabitkan mereka yang terlibt dari pasukan unit uniform sekolah. Malahan ada juga perkhemahan yang melibatkan orang pereorangan , ahli keluarga dan kumpulan persendirian. Ianya menjadi satu hobi bagi mengisi masa lapang.

Kebiasaannya di Malaysia aktiviti perkhemahan dijalankan di lokasi yang jauh dari luar Bandar seperti kawasan bukit, air terjun, pulau, hutan , berhampiran sungai dan pelbagai lagi. Lokasi ini dipilih kerana ianya memberi kesempatan peserta perkhemahan menikmati suasana tenang, pemandangan indah dan menghirup udara yang segar. Dan yang terpenting dapat merehatkan mental dan fizikal daripada ketegangan dan kesibukan kerja. Dapat mengelakkan stress .

Cukuplah  setakat ini penerangan ringkas tentang perkhemahan. Dalam kontek kita sebagai ASPA JPAM. Ianya menjadi sebagai tapak latihan kita bagi proses persediaan dari segi teori , pratikal dan amali.

Disediakan oleh PSG 13. Mohammad Hafizul Haron TP7294 (9w2 LAD)

p/s nak tokok tambah silakan. Ilmu untuk semua sebab semuanya dari allah belaka.



PERANCANGAN

Perancangan merupakan aspek yang penting dalam semua perkara. Oleh itu perancangan yang teliti dan rapi adalah kejayaan sesuatu program perkhemahan yang dilaksanakan.

    LANGKAH 1
*menubuhkan jawatankuasa kerja
*memulakan perancangan 

LANGKAH 2
*menetapkan lokasi
*mendapatkan wang peruntukkan

LANGKAH 3
*meninjau ke tapak perkhemahan
*Tempahan Tapak
*Urusan Surat menyurat

LANGKAH 4
*penyediaan peralatan
*tempahan pengangkutan
*bersedia memulakan perkhemahan

 







Selasa, 4 Oktober 2011

RENUNG-renungkanlah

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI


Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"



Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

Isnin, 3 Oktober 2011

takziah buat anggota yng telah kembali ke warahmatullah

pada september yg lalu kita telah kehilangan seorang rakan iaitu Kapten Haji.Sani,
pada bulan ini pula seorang lagi kembali kewarahmatullah iaitu PSG 11 Zartamin.  Dengan irangan doa dan fatihah kita berikan pada hamba allah ini. salam takziah buat keluarga.