Sabtu, 22 Mei 2010

Petua2( Survivor ) sesat di dalam hutan

Petua2( Survivor ) sesat di dalam hutan

Apa perlu dibuat?
Anda sesat di hutan, bila agaknya anda menyedari anda telah sesat? Jangan panik. Berehat sebentar dan tenangkan fikiran, jangan risau mereka yang arif tentang hutan pun pernah sesat, bahkan Orang Asli yang hidup di sekitaran hutan pun mungkin boleh sesat.
Jika anda tidak dapat mengingati atau mencari jalan keluar maka benarlah anda telah sesat. Apa yang anda perlu buat? Sabar, yang pentingnya anda hendaklah berikhtiar untuk mengelakkan diri dari ancaman persekitaran yang mungkin berbahaya dengan kemudahan yang terhad. Peluang untuk anda terus hidup banyak bergantung kepada persediaan diri, kekuatan dan keyakinan diri serta kebijaksanaan anda bertindak. Ikutilah petua berikut jika difikirkan sesuai dengan situasi yang anda hadapi. Ingatlah keselamatan anda banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak.
Bermalam di hutan
Jika anda fikirkan anda patut bermalam di hutan pemilihan tapak yang sesuai adalah penting. Pastikan tapak yang dipilih tidak mempunyai kesan kehadiran binatang buas seperti kesan tapak kaki, najis ataupun kawasan sumber makanannya. Juga pastikan kawasan tersebut terlindung dari tiupan angin yang kuat, tanah runtuh dan pokok mati. Seboleh-bolehnya carilah tempat yang berdekatan dengan sumber air.
Bermalam di dalam gua adalah pilihan yang baik tetapi pastikan ianya benar-benar selamat. Jangan bermalam di kawasan berbatu longgar, laluan angin dan binatang buas, sarang binatang atau serangga bebisa dan tempat yang licin.
Pilihan yang lain adalah dengan membina sendiri tempat berteduh sementara untuk berlindung sekurang-kurangnya dari hujan, dahan kayu jatuh, binatang buas dan haiwan berbisa. Jika dikhuatiri dari ancaman binatang buas anda bolehlah mengambil refuge di atas pokok. Caranya dengan duduk di atas dahan yang teguh dan mengikatkan diri anda kepada pokok tersebut bagi menggelakkan anda dari terjatuh. Ikatan hendaklah dibuat pada bahagian dada dan belakang melalui ketiak. Posisi dada hendaklah menghala ke arah pokok seolah-olah seperti hendak memeluk pokok. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa. papun yang paling penting adalah cubaan untuk menghidupkan api kerana banyak perkara yang boleh dilakukan jika api berjaya dihidupkan selain dari memasak dan memanaskan diri semata-mata. Antaranya bagi menghalau binatang buas dari menghampiri anda…
Alternatif mendapatkan sumber air. Kebanyakan akar kayu (lianas, lundang, mempelas) mengadungi kandungan air yg byk. Potong menyerong dan pisahkan terus dr akar yg lain.  Air dr akar kayu yg boleh diminum biasanyer tiada warna, cair dan tdk berbau. Selain dr akar, sumber air boleh didpti dr rotan, buluh, periuk kera dan lumut. Dalam keadaan DARURAT, mana2 air yg tdk beracun blh diminum termasuklan peluh….
Hutan mempunyai byk tumbuh-tmbuhan/buah-buahan yg boleh dimkn dr akar hinggalah ke pucuk. Cara yg plg mudah memastikan samada ianya selamat dimkn dengan 3 langkah iaitu: HIDU, SAPU dan KUNYAH! Hidu sbhg dr tmbuhan tersbt jika berbau keras atau busuk elakan dr memknnya krn mungkin beracun. Sekiranya ia tdk berbau keras/busuk, ambik sedikit air/getah dr bhg yg dihancurkan dan gosok pd lengan, tunggu 10-15mnt. Jika terasa panas/gatal-gatal jauhi dr tmbuhan ini mungkin beracun dan bahaya dimkn! Kunyah tmbuhan tersbt slma 5-10mnt, jika terasa gatal/panas dlm mulut/berasa loya…luahkanlah krn dikuatiri beracun.
Selain dr tmbuhan, serangga juga boleh dimakan spt anai2, semut (jgn smut api dah lah..), belalang, cengkerik dan ulat kayu. Elakan memakan serangga berbisa – tebuan, lipan dan lebah.
Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung telur reptilia yang lain boleh dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan makan bahagian najisnya. Paling selamat adalah berhampiran sungai dimana banyak terdapat tumbuhan jenis herba dan renek yang boleh dijadikan makan sebagai ulam seperti paku pakis, terung pipit, kacip fatimah dll.
Ingatlah empat prinsip asas bagi anda untuk meneruskan hidup di dalam hutan adalah keazaman dan keyakinan diri, ketabahan fizikal dan mental, toleransi dan kepimpinan serta keselamatan. Kelangsungan hidup anda di dalam hutan banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak.
Petua yang dikemukakan di sini hanyalah asas untuk anda.
SUMBER BEKALAN AIR
Sumber bekalan air ketika berada di dalam hutan
Sungai, tasik dan mata air merupakan punca air yang utama untuk mendapatkan keperluan air untuk minuman. Di dalam situasi di mana punca- punca air tidak ditemuai, kaedah berikut boleh digunakan.
Akar Kayu
Kebanyakan akar kayu mempunyai kandungan air yang banyak. Air akar yang boleh diminum mempunyai cirri-ciri air yang jernih, cair dan tidak berbau. Akar yang dipilih hendaklah dipotong menyerong kebawah dan pisahkan terus dari bahagian akar yang lain. Air akan menitis melalui akar yang dipotong tersebut. Antara jenis akar yang boleh diminum ialah ( Akar Mempelas, Akar Lundang, Akar Plek )
Rotan
Semua jenis rotan mempunyai kandungan air yang boleh diminum. Walaubagaimanapun pilih rotan yang besar supaya kuantiti air yang dihasilkan mencukupi untuk diminum. Buat keratan seperti kaedah memotong akar.
Buluh
Buluh juga menyimpan kandungan air yang boleh diminum. Potong bahagian pangkal buluh dimana bahagian ini banyak mengandungi air yang terkumpul. Pastikan bahawa miang buluh tidak memasuki ke dalam air yang hendak diminum.
Batang Pokok Pisang
Potong batang pokok pisang tersebut dengan hanya meninggalkan lebih kurang 30 cm daripada pangkal pokok tersebut. Korekkan pada bahagian tengah potongan pokok tersebut supaya membentuk seperti mangkuk. Air daripada daripada akar tersebut akan mula memenuhi lubang tersebut. Air permulaan
yang memenuhi ruangan itu akan berasa sedikit pahit tetapi lama kelamaan ia akan beransur tawar. Batang pokok tersebut boleh menghasilkan air sehingga 4 hari. Pastikan ia sentiasa ditutup untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga.
Tumbuhan Periuk Kera
Tumbuhan ini mempunyai bahagian yang berbentuk periuk yang boleh menakung air. Air yang terkandung dalam periuk yang belum terbuka adalah lebih bersih daripada periuk yang telah terbuka.
Lumut
Tumbuhan ini juga menyimpan air tetapi mempunyai kuantiti yang agak rendah. Untuk mendapatkan airnya, perah dengan tangan dan air dititiskan terus kedalam mulut atau bekas yang tertentu.
Air Hujan
Air hujan boleh ditadah menggunakan sebarang bekas.
Air Embun
Pada waktu pagi sejumlah air yang mencukupi boleh diperolehi dengan melurut daun atau rumput dengan jari supaya air yang melekat pada daun dapat dititiskan ke dalam bekas atau boleh diminum terus secara menjilatnya.
Ikan
Jika berada di laut, dapatkan sejumlah ikan yang mencukupi dan buangkan perutnya. Ikan tersebut dicincang dan perahkan dengan tangan untuk mendapatkan airnya.
Peluh dan Air Kencing
Dalam keadaan kritikal, sekiranya ketiadaan pilihan yang lain, peluh dan air kencing juga boleh diminum.
Tetapi ia tidak boleh diambil dengan banyak kerana mempunyai kandungan garam yang tinggi.
**Sumber Internet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan