Isnin, 27 Februari 2012

tahun 2012

taniah
JPAM Taiping...bepindah ke bangunan bari lokasi simpang.

Isnin, 10 Oktober 2011

nota Perkhemahan Caranya

Penerangan

PERKHEMAHAN

Perkhemahan adalah aktiviti rekreasi luar yang mendapat sambutan daripada golongan dewaasa mahupun muda. Kebanyakkan nya membabitkan mereka yang terlibt dari pasukan unit uniform sekolah. Malahan ada juga perkhemahan yang melibatkan orang pereorangan , ahli keluarga dan kumpulan persendirian. Ianya menjadi satu hobi bagi mengisi masa lapang.

Kebiasaannya di Malaysia aktiviti perkhemahan dijalankan di lokasi yang jauh dari luar Bandar seperti kawasan bukit, air terjun, pulau, hutan , berhampiran sungai dan pelbagai lagi. Lokasi ini dipilih kerana ianya memberi kesempatan peserta perkhemahan menikmati suasana tenang, pemandangan indah dan menghirup udara yang segar. Dan yang terpenting dapat merehatkan mental dan fizikal daripada ketegangan dan kesibukan kerja. Dapat mengelakkan stress .

Cukuplah  setakat ini penerangan ringkas tentang perkhemahan. Dalam kontek kita sebagai ASPA JPAM. Ianya menjadi sebagai tapak latihan kita bagi proses persediaan dari segi teori , pratikal dan amali.

Disediakan oleh PSG 13. Mohammad Hafizul Haron TP7294 (9w2 LAD)

p/s nak tokok tambah silakan. Ilmu untuk semua sebab semuanya dari allah belaka.



PERANCANGAN

Perancangan merupakan aspek yang penting dalam semua perkara. Oleh itu perancangan yang teliti dan rapi adalah kejayaan sesuatu program perkhemahan yang dilaksanakan.

    LANGKAH 1
*menubuhkan jawatankuasa kerja
*memulakan perancangan 

LANGKAH 2
*menetapkan lokasi
*mendapatkan wang peruntukkan

LANGKAH 3
*meninjau ke tapak perkhemahan
*Tempahan Tapak
*Urusan Surat menyurat

LANGKAH 4
*penyediaan peralatan
*tempahan pengangkutan
*bersedia memulakan perkhemahan