Ahad, 30 Mei 2010

baca lah


Saudaraku, Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad SAW sebagai seorang penyampai risalah Allah SWT yang benar dan di redhai. Dan nanti di padang mahsyar, setiap umat Islam pasti akan meminta syafa’at dari beliau SAW dan menginginkan berada di barisan beliau SAW. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekedar pengakuan. Pasti yang mengaku umat beliau SAW akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendo’akan beliau dengan cara memperbanyak berselawat kepada beliau SAW.
Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang isteri beliau, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahawa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku seharian beliau. Rasulullah SAW adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.
Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa harus menyuruh isterinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah seorang yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan istrinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahwa beliau tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Beliau adalah seorang yang paling sabar dimana ketika itu pernah kain beliau ditarik oleh seorang badui hingga membekas merah dilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.
Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika beliau mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Selepas solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.
Akhirnya, Rasulullahpun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabatpun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”. Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.
Teramat agung pribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau SAW. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.
Saudaraku, sungguh kehadiran Rasulullah SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang beliau contohkan kepada umat manusia. Beliau tidak pernah pandang bulu dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan beliau pernah menangis ketika mengetahui bahwa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk meng-esakan Allah SWT.
Cukup kiranya beliau yang jadi suri tauladan kita, umat Islam khususnya yang hari ini sebagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah, baik dalam tindakan maupun perkataan yang menyejukkan. Apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti beliau (Nabi Muhammad)”.
Dalam salah satu hadits dikatakan bahwa “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad SAW) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia”(HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan di akui Rasulullah sebagai umatnya atau tidak kelak di yaumil kiamah. Namun satu yang pasti bahwa semua ingin berada di barisan beliau. Maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau SAW semampu diri kita, sebagai suri tauladan kita yang utama, memperbanyak ucapan selawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai bagian dari rasa cinta kita terhadapnya.
Saudaraku, mari kita sampaikan salam dan selawat kepada beliau SAW, yang dengannya kita akan beroleh cinta dan Syafa’atnya kelak di yaumil mahsyar. insya Allah…Amiin.
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

sejarah


SEJARAH Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) melangkau tempoh 70 tahun apabila dimulakan Kerajaan British pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua sebelum Ordinan Pertahanan Awam digubal menjadi undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu pada 1951.

Pada hari ini 06.09.1952, Bangunan Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer. Bangunan itu dirasmikan berikutan penubuhan Jabatan Pertahanan Awam pada 24 Mac 1952 di bawah Ordinan Pertahanan Awam No. 28 tahun 1952.
Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan ordinan, manakala pada 1957, Ordinan Pertahanan Awam 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.
Fungsi Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sehingga diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 1964.
Tahun berikutnya, jumlah keanggotaan ditambah menjadi 36,000 orang dengan 37 cawangan, selain kelengkapan logistik terbaru dan pada 1970 pula, satu kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat berikutan bencana banjir besar yang melanda.
Bagi membolehkan anggotanya berfungsi dengan lebih meluas, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda pada 1972 yang membolehkan jabatan itu melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.
Antara peristiwa penting membabitkan penggunaan tenaga anggota jabatan terbabit ialah tragedi Highlands Towers runtuh pada 1993 yang membawa kepada pengenalan nama ringkasnya sebagai JPA3 pada 1994 untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.
seterusnya, JPA3 memperkenalkan slogan `Sedia, Pantas dan Berintegriti' - sebagai pemangkin yang menjadikan JPA3 ditadbir di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) sejak 2004 sebagai sebuah jabatan yang unggul.
Selaras fungsinya membantu menjaga negara dalam masa aman, peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil langkah menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam, JPA3 sememangnya amat penting kepada negara.
Dengan uniform yang segak, pasukan itu semakin mendapat perhatian masyarakat, terutama golongan muda yang mula menyertainya, sama ada secara sepenuh masa atau sebagai sukarelawan.
Selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, khidmat JPA3 bukan saja masih diperlukan, malah semakin penting.
Pada masa ini, katanya, jumlah keanggotaan tetap dan sukarelawan JPA3 mencecah kira-kira 58,000 orang, tetapi masih tidak mencukupi untuk digerakkan sepenuhnya bagi membantu negara berdepan ancaman seperti banjir. dan kini 2010.....................anda baca seterusnya ya............................

Sabtu, 22 Mei 2010

Petua2( Survivor ) sesat di dalam hutan

Petua2( Survivor ) sesat di dalam hutan

Apa perlu dibuat?
Anda sesat di hutan, bila agaknya anda menyedari anda telah sesat? Jangan panik. Berehat sebentar dan tenangkan fikiran, jangan risau mereka yang arif tentang hutan pun pernah sesat, bahkan Orang Asli yang hidup di sekitaran hutan pun mungkin boleh sesat.
Jika anda tidak dapat mengingati atau mencari jalan keluar maka benarlah anda telah sesat. Apa yang anda perlu buat? Sabar, yang pentingnya anda hendaklah berikhtiar untuk mengelakkan diri dari ancaman persekitaran yang mungkin berbahaya dengan kemudahan yang terhad. Peluang untuk anda terus hidup banyak bergantung kepada persediaan diri, kekuatan dan keyakinan diri serta kebijaksanaan anda bertindak. Ikutilah petua berikut jika difikirkan sesuai dengan situasi yang anda hadapi. Ingatlah keselamatan anda banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak.
Bermalam di hutan
Jika anda fikirkan anda patut bermalam di hutan pemilihan tapak yang sesuai adalah penting. Pastikan tapak yang dipilih tidak mempunyai kesan kehadiran binatang buas seperti kesan tapak kaki, najis ataupun kawasan sumber makanannya. Juga pastikan kawasan tersebut terlindung dari tiupan angin yang kuat, tanah runtuh dan pokok mati. Seboleh-bolehnya carilah tempat yang berdekatan dengan sumber air.
Bermalam di dalam gua adalah pilihan yang baik tetapi pastikan ianya benar-benar selamat. Jangan bermalam di kawasan berbatu longgar, laluan angin dan binatang buas, sarang binatang atau serangga bebisa dan tempat yang licin.
Pilihan yang lain adalah dengan membina sendiri tempat berteduh sementara untuk berlindung sekurang-kurangnya dari hujan, dahan kayu jatuh, binatang buas dan haiwan berbisa. Jika dikhuatiri dari ancaman binatang buas anda bolehlah mengambil refuge di atas pokok. Caranya dengan duduk di atas dahan yang teguh dan mengikatkan diri anda kepada pokok tersebut bagi menggelakkan anda dari terjatuh. Ikatan hendaklah dibuat pada bahagian dada dan belakang melalui ketiak. Posisi dada hendaklah menghala ke arah pokok seolah-olah seperti hendak memeluk pokok. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa. papun yang paling penting adalah cubaan untuk menghidupkan api kerana banyak perkara yang boleh dilakukan jika api berjaya dihidupkan selain dari memasak dan memanaskan diri semata-mata. Antaranya bagi menghalau binatang buas dari menghampiri anda…
Alternatif mendapatkan sumber air. Kebanyakan akar kayu (lianas, lundang, mempelas) mengadungi kandungan air yg byk. Potong menyerong dan pisahkan terus dr akar yg lain.  Air dr akar kayu yg boleh diminum biasanyer tiada warna, cair dan tdk berbau. Selain dr akar, sumber air boleh didpti dr rotan, buluh, periuk kera dan lumut. Dalam keadaan DARURAT, mana2 air yg tdk beracun blh diminum termasuklan peluh….
Hutan mempunyai byk tumbuh-tmbuhan/buah-buahan yg boleh dimkn dr akar hinggalah ke pucuk. Cara yg plg mudah memastikan samada ianya selamat dimkn dengan 3 langkah iaitu: HIDU, SAPU dan KUNYAH! Hidu sbhg dr tmbuhan tersbt jika berbau keras atau busuk elakan dr memknnya krn mungkin beracun. Sekiranya ia tdk berbau keras/busuk, ambik sedikit air/getah dr bhg yg dihancurkan dan gosok pd lengan, tunggu 10-15mnt. Jika terasa panas/gatal-gatal jauhi dr tmbuhan ini mungkin beracun dan bahaya dimkn! Kunyah tmbuhan tersbt slma 5-10mnt, jika terasa gatal/panas dlm mulut/berasa loya…luahkanlah krn dikuatiri beracun.
Selain dr tmbuhan, serangga juga boleh dimakan spt anai2, semut (jgn smut api dah lah..), belalang, cengkerik dan ulat kayu. Elakan memakan serangga berbisa – tebuan, lipan dan lebah.
Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung telur reptilia yang lain boleh dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan makan bahagian najisnya. Paling selamat adalah berhampiran sungai dimana banyak terdapat tumbuhan jenis herba dan renek yang boleh dijadikan makan sebagai ulam seperti paku pakis, terung pipit, kacip fatimah dll.
Ingatlah empat prinsip asas bagi anda untuk meneruskan hidup di dalam hutan adalah keazaman dan keyakinan diri, ketabahan fizikal dan mental, toleransi dan kepimpinan serta keselamatan. Kelangsungan hidup anda di dalam hutan banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak.
Petua yang dikemukakan di sini hanyalah asas untuk anda.
SUMBER BEKALAN AIR
Sumber bekalan air ketika berada di dalam hutan
Sungai, tasik dan mata air merupakan punca air yang utama untuk mendapatkan keperluan air untuk minuman. Di dalam situasi di mana punca- punca air tidak ditemuai, kaedah berikut boleh digunakan.
Akar Kayu
Kebanyakan akar kayu mempunyai kandungan air yang banyak. Air akar yang boleh diminum mempunyai cirri-ciri air yang jernih, cair dan tidak berbau. Akar yang dipilih hendaklah dipotong menyerong kebawah dan pisahkan terus dari bahagian akar yang lain. Air akan menitis melalui akar yang dipotong tersebut. Antara jenis akar yang boleh diminum ialah ( Akar Mempelas, Akar Lundang, Akar Plek )
Rotan
Semua jenis rotan mempunyai kandungan air yang boleh diminum. Walaubagaimanapun pilih rotan yang besar supaya kuantiti air yang dihasilkan mencukupi untuk diminum. Buat keratan seperti kaedah memotong akar.
Buluh
Buluh juga menyimpan kandungan air yang boleh diminum. Potong bahagian pangkal buluh dimana bahagian ini banyak mengandungi air yang terkumpul. Pastikan bahawa miang buluh tidak memasuki ke dalam air yang hendak diminum.
Batang Pokok Pisang
Potong batang pokok pisang tersebut dengan hanya meninggalkan lebih kurang 30 cm daripada pangkal pokok tersebut. Korekkan pada bahagian tengah potongan pokok tersebut supaya membentuk seperti mangkuk. Air daripada daripada akar tersebut akan mula memenuhi lubang tersebut. Air permulaan
yang memenuhi ruangan itu akan berasa sedikit pahit tetapi lama kelamaan ia akan beransur tawar. Batang pokok tersebut boleh menghasilkan air sehingga 4 hari. Pastikan ia sentiasa ditutup untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga.
Tumbuhan Periuk Kera
Tumbuhan ini mempunyai bahagian yang berbentuk periuk yang boleh menakung air. Air yang terkandung dalam periuk yang belum terbuka adalah lebih bersih daripada periuk yang telah terbuka.
Lumut
Tumbuhan ini juga menyimpan air tetapi mempunyai kuantiti yang agak rendah. Untuk mendapatkan airnya, perah dengan tangan dan air dititiskan terus kedalam mulut atau bekas yang tertentu.
Air Hujan
Air hujan boleh ditadah menggunakan sebarang bekas.
Air Embun
Pada waktu pagi sejumlah air yang mencukupi boleh diperolehi dengan melurut daun atau rumput dengan jari supaya air yang melekat pada daun dapat dititiskan ke dalam bekas atau boleh diminum terus secara menjilatnya.
Ikan
Jika berada di laut, dapatkan sejumlah ikan yang mencukupi dan buangkan perutnya. Ikan tersebut dicincang dan perahkan dengan tangan untuk mendapatkan airnya.
Peluh dan Air Kencing
Dalam keadaan kritikal, sekiranya ketiadaan pilihan yang lain, peluh dan air kencing juga boleh diminum.
Tetapi ia tidak boleh diambil dengan banyak kerana mempunyai kandungan garam yang tinggi.
**Sumber Internet

kembara kejora alam ... esok

salam ... buat semua ahli sukarelawan .esok latihan mingguan kita kuar teroka hutan ........ sanggupppppppp....ya latihan .ssssssssssss

Rabu, 5 Mei 2010

salam

salam buat semua rakan seperjuangan

terlebih dulu maaf di pohon kerna lame tak hantar khabar... teman ada kursus di jengka.
apa pun ada berita duka....rakan kita telah terlibat dgn kemalangan... 3 org cedera  yang masuk wad  2 org...patah kaki dan tangan... sesiapa yg ada kelapangan sila melawat rakan kita ni di wad A1 hospital taiping.. teman dah gi...sayuuu lah...sedih ada..maklumlah rakan seangkatan dan seperjuangan pulak... anyway rakan semua... ahad ni kita jumpa di tempat latihan.... salam....

Isnin, 12 April 2010


Wou semangat giler nak bergambar dengan ulor........
nie ler kehebatan mereka `SI PENANGKAP ULOR`

taiping yang pertama

dalam negara............keretapi yang pertama di taiping, ....muzium pertama...... gate keretapi pertama...... zoo pertama... bukit peragginan pertama....lapangan terbang pertama..........  pada golf pertama.............dan yang hebat nya Civil Defence daerah yang pertama......... hebat.... sejarah ..... isyh sonoklah mai.... melancong ke taiping kami boleh bawa semua rakan-rakan ,..... kalau tak caya...... tanya heritage......

Selasa, 6 April 2010

SALAM DAN 1 MALAYSIA

BUAT RAKAN - RAKAN.... SILA SUMBANGKAN IDEA DAN CATATN ANDA.

BOLEH KA?

Khamis, 1 April 2010

Salam buat semua rakan seperjuangan

Salam kembali dan satu malaysia

Makluman pada rakan seangkatan JPAM Taiping.
Pada 4hb April 2010 ( Ahad ) latihan mingguan akan di adakan jam 9.00 pagi.
Di harap setiap kumpulan bersedia dengan peralatan yang telah di rancangkan.

Kemestian hadir semua... jangan tak hadir... sebab kami rindu nanti. Yang kelapangan dan ingin menuntut ilmu ...sila hadirkan diri..... kita adalah sukarelawan demi bangsa kita , negara kita......

Sabtu, 27 Mac 2010

latihan mingguan 28 mac 2010

Salam dan ceria satu malaysia

Mai....mai,,,,,, latihan esok jangan tak mai ya....

Masa : 8.45 pagi
Tempat: Bilik Gerakan 999 ...Taiping.. Pokok Asam ...
Jenis Latihan : MK

itu saja dari .......... LAD........

Ahad, 21 Mac 2010

ada lagiiii

fuhhhh .....tu dia ....hebat......
lama-lama mahir ni..... hebat
dah padam api.....dok saembur lahi ke..
heheh api,...api....
yaaaaa...berjaya padam......yahoooo....
aduh ..adui..tak nampak laaa....
asap..aduh..aduih pedih....merangkak...cari jalan kuar satu dpd simulasi latihan menyelamat dari bangunan terbakar.....heheheheheh

ada lagi

Melapor ni......


MELAPOR.........

gambar 2010 asas mac - lokasi Matang

anggota baru .......

                                            geram dapat ikan talang....maklumah di matang....
                                            siap berebut....

Rabu, 17 Mac 2010

latihan mingguan 21 mac 2010

Kepada Semua Sukarelawan dan sukarelawati di jemput menghadiri latihan mingguan ini.

Ahad, 14 Mac 2010

Kursus Asas 2010 JPAM TAIPING... dI MATANG..

SALAM ceria buat semua warga pembaca laman blog ni.
berita ceria dan cemas ..... JPAM taiping telah melaksana kan kursua asas 13,14,15 Mac 2010 di ada kan kursus bagi melengkapkan asas anggota baru kami... seramai 60 orang menyertai kursus ini yang di adakan semalam sehingga esok.. T,kasih pada SMK Matang, Matang. Taiping dan Pentadbirnya yang sudi membenarkan kami menjalankan kursus di SMK Matang.
apa- apa rakan-rkan kiriman berita bergambar akan disusuli.....sabar menanti ya... teman tengah letih ni seharian bertungkus lumus ...Ok jumpa lagi.... Terima kasih Kawan -kawan ku semua dan juga pada Pihak JPAM Negeri diucap trima kasih di atas kerjasama yang diberikan...